10 Idea Susun Atur Dapur Guna Barang Eco

Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak kongsi beberapa idea yang korang boleh guna untuk susun atur dapur guna barang eco. Kalau guna barang-barang eco ni, tak perlu keluar modal besar pun.

Siapa yang tak suka dapur yang kemas dan bersih kan? Walaupun dapur korang kecil sahaja, kalau ada susun atur yang bagus, boleh bagi dapur tu nampak luas. Senang sikit nak buat kerja. Nak cari barang pun senang! Baiklah, jom kita baca satu-satu.

1. Tupperware

10 Idea Susun Atur Dapur Guna Barang Eco

Kalau dah masuk kedai DIY atau kat Shopee, memang boleh rambang mata nampak Tupperware ni. Tapi, beli pun kena pandai juga. Korang boleh pilih Tupperware yang boleh disusun secara bertindih (untuk save lebih banyak ruang). Macam-macam yang boleh letak kat sini. Lepas dah isi, susun biar cantik dan letak kat tempat yang sesuai. Yang senang diambil dan senang nak dibersihkan. 

2. Bakul

10 Idea Susun Atur Dapur Guna Barang Eco

Kegunaan bakul ni penting kalau kat dapur. Kalau korang ada banyak barang nak simpan macam stok bahan masakan atau alat-alat memasak, korang boleh susun dalam bakul. Beli yang sama bentuk dan ikut warna yang korang suka. Dah tu susun elok-elok kat dapur korang.

3. Botol Rempah 

10 Idea Susun Atur Dapur Guna Barang Eco

Kalau guna botol ni, boleh nampak classy sikit. Letak bahan rempah korang dalam ni dan letakkan label. Untuk kesenangan korang juga masa nak guna nanti. 

4. Rak pinggan & Alat Makan (Sudu & Garpu)

10 Idea Susun Atur Dapur Guna Barang Eco

Rak pinggan dan alat makan ni pun sangat sesuai untuk save tempat. Lepas dah cuci piring, sudu dan garpu tu, boleh keringkan dan letak dalam rak. Rak ni pula boleh simpan dalam kabinet. Supaya tak nampak bersepah. 

5. Troli Pelbagai Guna

10 Idea Susun Atur Dapur Guna Barang Eco


Untuk Troli ni pula, tersangatlah bagus sebab ada roda kat bawah. Jadi korang boleh letak banyak jenis barang kat sini. Dah tiba masa untuk mengemas dan menyapu, boleh jer tolak dengan senang. Tak payah angkat-angkat lagi. 

6. Wirenet

10 Idea Susun Atur Dapur Guna Barang Eco

Kalau kat dapur, boleh guna wirenet ni untuk gantung alat-alat memasak korang. Boleh juga susun botol-botol masakan yang tak berat sangat. Boleh juga guna di ruangan lain. Sebab wirenet ni banyak fungsinya. 


7. Bekas Sabun

10 Idea Susun Atur Dapur Guna Barang Eco

Barang ni pula sangatlah menjimatkan penggunaan sabun cuci piring korang. Cuma perlu masukkan sabun dan air dalam bekas tu. Kalau guna sabun yang main celup jer, cepat habis. Jadi, korang boleh cuba guna bahan ni. 


8. Plastik Sampah Basah

10 Idea Susun Atur Dapur Guna Barang Eco

Yang ni pula guna masa korang nak cuci atau siang bahan basah korang. Kalau siang ikan, boleh masukkan terus sisa tu kat dalam plastic ni. Supaya nanti sinki korang taklah tersumbat dengan pelbagai jenis sisa. Lepas dah penuh, ikat dan buang kat tong sampah korang. Senang kan?

9. Penghadang Aluminium

10 Idea Susun Atur Dapur Guna Barang Eco

Penghadang ni pula boleh guna terutama masa nak goreng ikan. Selalu kalau goreng ikan, minyak tu memang akan ada jer melancit keluar. Dinding pun terus kotor. Satu kerja pula nak bersihkan lagi. Ha, cuba guna penghadang aluminum ni pula. 

10. Tempat Letak Sudip

10 Idea Susun Atur Dapur Guna Barang Eco
Tempat letak sudip ni korang boleh guna untuk letak sudip korang. Selalu kalau dah guna, tak tahu nak letak mana. Karang tempat yang korang letak sudip tu tak bersih pula. Aduhai. Cuba guna alat ni. Selain elakkan dapur korang jadi serabut, boleh jaga kerbersihan juga. 

Sebenarnya banyak lagi barang lain yang boleh masuk dalam senarai. Mungkin korang pun ada nak kongsi sikit pendapat kan? Kalau ada, cuba share sikit kat ruangan komen.

Susun atur barang kat dapur ni penting tau. Selain nak jadikan dapur tu nampak kemas dan elok dipandang, boleh juga mudahkan urusan kita nak memasak. Dah siap dengan label semua, senang pula nak ambik, mesti best kan kalau nak memasak? 

Semoga perkongsian ni bermanfaat!


Catat Ulasan

0 Ulasan