20 Petua Di Dapur Ini Membantu Golongan Ibu Mudah Urus Rumah Tangga

Assalamualaikum.. Apa khabar korang semua? Hari ni aku nak kongsi beberapa petua untuk korang yang memang selalu ada kat dapur. Lebih-lebih lagi bulan Ramadhan ni kan? Memang hari-hari masuk dapur untuk masak hidangan waktu sahur dan iftar.

Kalau dah masuk dapur, memang korang akan hadap beberapa masalah kan? Macam kehadiran serangga seperti lipas, bau-bau dari bahan masakan dan peti ais, dan banyak lagi. Kat bawah ni ada petua-petua untuk hilangkan masalah yang korang hadap ni. Mari baca satu-satu..

20 Petua Di Dapur Ini Membantu Golongan Ibu Mudah Urus Rumah Tangga

1. Petua Lembutkan Daging - Perap daging dengan baking soda selama 15 minit. Jangan lupa bilas dulu sebelum masak tau. Jadi lepas ni bolehlah masak daging juga walaupun masa tak banyak.

2. Petua Elak Ikan Melekat Di Kuali Semasa Menggoreng - Masukkan secubit garam ke dalam minyak masak sebelum goreng. Pastikan minyak korang tu betul-betul panas sebelum masukkan ikan tau. Kadang-kadang semangat nak memasak tu hilang kalau benda macam ni jadi kan? Dah tak perlu risau dah sebab petua sudah diberikan.

3. Petua Hilangkan Pijar Tangan Kena Cili - Untuk korang yang selalu guna cili yang banyak, ini petuanya. Korang boleh lumurkan tangan dengan minyak masak. Lepas tu korang boleh cuci dengan sabun. In Sya Allah, pijar tu akan hilang perlahan-lahan.

4. Mengekalkan Warna Sayur Hijau Yang Dicelur - Kadang-kadang, warna sayur yang dah dimasak tu pudar lepas dicelur. Mesti dah tak nampak cantik kan? Kalau nak kekalkan warna, cuba masukkan sedikit gula dalam rebusan sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain.

20 Petua Di Dapur Ini Membantu Golongan Ibu Mudah Urus Rumah Tangga
 

5. Menghilangkan Bau Di Dalam Peti Sejuk - Ambil beberapa helai daun pandan. Masukkan ke dalam peti sejuk. Ingat, bukan dalam freezer tau. Bau yang kurang menyenangkan tu akan hilang perlahan-lahan.

6. Menghilangkan Bau Hanyir Ikan, Ayam Dan Daging - Masa korang nak basuh ikan, ayam atau daging tu, campurkan segenggam tepung gandum dulu dan biarkan sekejap. Lepas tu, baru korang basuh dengan air bersih.

7. 3 Petua Kurangkan Kuah Terlebih Masin - Ha, kat sini, korang boleh masukkan kentang, hirisan timun ataupun sedikit gandum. In Sya Allah masakan korang tu masih boleh diselamatkan dan sedap dijamah.

8 2 Petua Elakkan Minyak Terpercik Atau Meletup Semasa Goreng Sotong - Mesti ramai yang pernah kena ni kan? Sakit kena minyak ni memang perit, kalau dibiarkan boleh jadi parut pula. Kalau taknak kena minyak, first, korang mesti keringkan sotong tu dulu sebelum goreng. Korang boleh lap dengan tisu. Second, gaulkan dengan sedikit cuka dan boleh goreng dah lepas tu.

20 Petua Di Dapur Ini Membantu Golongan Ibu Mudah Urus Rumah Tangga

9. Petua Elak Ikan Goreng Melekat Di Kuali – Untuk elakkan ikan melekat, masukkan asam keping dalam minyak semasa menggoreng. Kalau ikan dah melekat, isinya pun akan hancur bila nak diangkat. Mesti ada rasa tak lalu nak makan kan? Lebih-lebih kalau nak hidang dengan tetamu..

10. Tips Penyimpanan Sayur Dalam Bekas Kedap Udara – Cara penyimpanan sayur ni berbeza ikut jenis tau. Kebanyakkannya sesuai disimpan dalam bekas kedap udara yang kering. Kalau sayur berakar pula, korang boleh simpan secara rendaman pengkal. Boleh guna besen, letak air, dan simpan sayur tu kat situ. Supaya tak cepat layu.

11. Tips Udang Tahan Lebih Alam Dan Tidak Jadi Hitam – Siapa yang selalu makan udang mesti guna tips ni! Korang boleh campurkan udang dengan perahan air limau nipis. Lepas tu boleh simpan dalam peti sejuk. In Sya Allah, boleh tahan untuk beberapa hari.

12. Tips Menghalau Lalat – Lalat ni memang ada kat mana-mana. Cuba titiskan sedikit cecair peluntur ke atas kain yang kering. Lepas tu lap sekitar dapur korang terutama sekali pada permukaan meja, cabinet dapur dan tempat-tempat lain dengan kain tu.

20 Petua Di Dapur Ini Membantu Golongan Ibu Mudah Urus Rumah Tangga


13. Petua Hilangkan Hanyir Ikan, Ayam, Daging – Masa korang nak basuh ikan, ayam dan daging yang nak dimasak tu, boleh cuba campurkan segenggam tepung dan biarkan seketika. Lepas tu, boleh basuh dengan air bersih. Lepas dah cuci, boleh lah teruskan memasak.

14. Petua Hilangkan Bau Kari Atau Belacan Pada Tangan – Untuk hilangkan bau-bau ni, korang letak sesudu garam kat tangan dan jari-jemari. Gosok dan pastikan setiap sudut kena garam ni. Lepas tu basuh dengan sabun dan air bersih.

15. Tips Menghalau Tikus – Tips ni paling penting lebih-lebih lagi kalau korang ni peniaga atau tukang masak di restoran-restoran. Letak beberapa helai daun durian belanda di kawasan yang ada tikus. In Sya Allah, lepas beberapa hari, tikus tu takkan datang balik.

16. Petua Simpan Gula Melaka – Cuba simpan gula melaka korang dalam bekas yang bertutup rapat dan kedap udara. Kalau buat macam ni, boleh elakkan berkulat dan dihurung dengan semut. Simpan bekas tu di tempat yang kering dan bersuhu bilik (atau lebih rendah). Elakkan tempat yang lembap dan panas ya. Karang gula melaka korang cair pula.

20 Petua Di Dapur Ini Membantu Golongan Ibu Mudah Urus Rumah Tangga


17. Petua Elak Kutu Beras Dalam Bekas Beras – Masukkan 2 atau 3 biji cili kering yang dipotong dalam bekas beras korang. Kutu ni cepat membiak. Kalau korang tak hapuskan secepat mungkin, memang beras korang akan penuh dengan kutu. Beras pun kurang rasa enak dan mudah basi.

18. Petua Elak Semut Masuk Ke Dalam Bekas Gula – Letak 2-3 kuntum bunga cengkih dalam bekas gula. Korang mesti pernah kena kan, walaupun dah tutup rapat, semut tetap boleh masuk. Memang stress sangat time tu. Cuba guna petua ni pula. Mungkin boleh elakkan semut masuk lagi dalam bekas gula korang.

19. Petua Hilangkan Bau Bawang Dalam Blender – Korang boleh blend serbuk kopi dengan air panas. Lepas tu cuci blender korang dengan sabun cuci pinggan dan air. Dah tu bolehlah bilas bersih dengan air.

20. Petua Tajamkan Mata Blade Blender – Kisar garam kasar dengan blender korang tu. Tak perlu keluar modal banyak dan korang jangan pergi beli blender baru pula. Cuba guna garam kasar dan blend garam tu beberapa kali. Ulang sampai rasa mata blade tu rasa lebih tajam.

Ha, apa pendapat korang dengan petua-petua ni? Lepas ni, kalau ada masalah lagi masa kat dapur, bolehlah rujuk petua-petua ni. Selain dapat mudahkan kerja memasak dan penyediaan makanan korang, boleh juga elakkan pembaziran. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk korang semua!

Catat Ulasan

0 Ulasan