6 Idea Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet

Assalamualaikum semua. Perkongsian hari ini adalah tentang susun atur dapur kabinet. Aku faham juga, ada sesetengah orang yang belum mampu nak ada dapur besar dan luas. Nak simpan kabinet banyak-banyak.

Tapi jangan risau. Walaupun tanpa kabinet, korang tetap boleh buat dapur korang tu nampak luas dan cantik. Bahan-bahan semua pula korang boleh dapatkan dari kedai DIY. Kat DIY ni semua barang boleh dikatakan lengkap, jadi senang sikit kalau nak beli kat sini. Bajet pula tak perlu banyak sangat.

6 Idea Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet

1. Susun Barang Dapur Dengan Teratur

Dapur gas tu benda wajib yang kena ada kat dapur. Kalau tengok kat gambar, cantik kan susunannya? Kena pastikan korang letak kat tempat yang betul supaya ada ruang untuk letak barang lain. Macam cara susun bakul-bakul kat bawah tu.

6 Idea Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet

2. Gunakan Rak Besar

Rak boleh jadi bahan ganti untuk kabinet. Rak ni ada banyak jenis. Salah satu rak tu korang boleh guna untuk letak pinggan mangkuk, gelas, dan alatan memasak korang.

6 Idea Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet

3. Guna Rak Yang Lebih Kecil

Rak yang lebih kecil pula boleh guna untuk letak botol-botol rempah korang. Tempat sudu, pisau, stok minuman paket dan boleh juga letak koleksi pinggan mangkuk korang.
 
6 Idea Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet

4. Gantung Periuk Dekat Sinki

Selain tu, boleh manfaatkan sinki dan rak korang tu untuk gantung periuk-periuk. Jimat tempat sikit. Tak perlu risau lagi nak letak kat mana. Cuba buat design macam kat gambar atas ni. Banyak barang yang boleh diletak. Jimat dan cantik dipandang.

6 Idea Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet

5. Gunakan Troli / Rak Beroda

Kalau nak senang, korang boleh guna troli atau rak yang ada roda. Supaya senang sikit masa nak bersihkan tu. Tak payah angkat-angkat. Lebih-lebih lagi kalau tinggal sendiri. Rak ni ada banyak design dan warna. Pilih yang korang suka dan letak kat dapur korang.

6 Idea Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet

6. Gunakan Pelbagai Jenis Bakul

Kalau korang ada barang yang agak banyak, boleh beli bakul-bakul macam ni. Lepas tu susun barang korang cantik-cantik. Untuk elakkan keliru, cuba letak ikut jenis yang sama. Senang nak cari nanti.

Macam tu lah cara nak buat dapur korang tu tersusun rapi walaupun tak guna kabinet. Barang-barang ni tak guna modal banyak pun. Lagi satu, ia tahan lama. Beli sekali jer, kalau nak pindah nanti pun, masih boleh guna barang-barang ni. Tak perlu beli baru.

Ada banyak lagi barang lain yang boleh digunakan. Kalau korang ni peminat Shopee, korang boleh luang masa untuk tengok kat sana. Kalau di shopee, banyak yang cantik-cantik. Cuma mungkin ambik masa sikit sebab nak tunggu dia sampai pula.

Baiklah, sekian perkongsian hari ini. Semoga bermanfaat!


Catat Ulasan

0 Ulasan