Petua Hilangkan Bau Di Dapur Confirm Berkesan

Mesti pernah kan korang hidu bau-bau yang kurang menyenangkan masa masuk kat dapur? Dah semangat nak masak resepi baru tapi masuk dapur jer, dah masuklah campuran bau-bau yang boleh buat hidung ni terseksa. Bau dari menumis lah, rebusan, memanggang, bau dari tempat sampah lagi. Apa lagi kalau makanan yang korang masak tu memang ada aroma yang sangat kuat.

Masa tu lah dah mula beli macam-macam produk wangian untuk hilangkan bau-bau tu kan? Ha, daripada korang susah-susah buang duit beli mahal-mahal, bagus korang tengok petua yang aku senaraikan kan ni. Bukan sahaja murah, tapi senang nak disediakan. Yang paling penting, tahan lama!

1. Kopi

hilangkan bau dapur dengan kopi

Kopi ni ada bau yang kuat tapi menyenangkan. Memang sangat sesuai digunakan lebih-lebih lagi korang ni coffee addicted. Aku pun memang suka sangat dengan bau kopi ni. Kalau korang nak tahu, bau dari kopi ni dapat bantu untuk neutralkan bau di sekeliling tau. 

Jadi, kalau dah start bau tu muncul, korang boleh didihkan kopi. Dah mendidih tu, tutup api dan biarkan aroma kopi tu berlegar kat dapur. Mungkin ada yang tak berapa minat dengan kopi kan? jangan risau, ada petua lain yang korang boleh guna.

2. Arang

Petua Hilangkan Bau Di Dapur

Bahan ni sesuai letak kat tempat korang buang sampah. Kalau masa tu korang banyak benda nak masak, memang tong sampah pun akan penuh. Caranya, korang letak beberapa potong arang dekat tong sampah korang tu. In Sya Allah, tong sampah korang tu akan kurang baunya. 

Tapi, lepas dah masak-masak tu, jangan lupa buang pula tau! Kalau korang letak sampah tu lama-lama, memang bau tu pun akan muncul. Amalkan buang sampah korang tu hari-hari tau.

Selain tu, arang ni boleh kurangkan bau masakan, cuma mungkin makan masa lama sikit. Ada orang yang letak dalam pasu lepas tu letak bunga atas arang tu. Boleh guna pokok daun jer dan letak pasu tu dekat meja makan atau kat tingkap dapur korang. Kalau letak dalam pasu, senang nak bersihkan.

3. Baking Soda

Petua Hilangkan Bau Di Dapur

Baking soda ni banyak kegunaannya selain untuk buat kuih. Salah satunya untuk hilangkan bau sinki kat dapur. Aku dah pernah cuba cara ni. Memang berkesan. Sebab aku selalu lepas cuci piring, sinki memang kotor. Tapi sebab aku malas, aku bilas guna air jer macam tu. Yang penting bersih lah.. Tup tup keluarlah bau-bau pelik. Masa tu baru nak kalut.

Kawan aku suruh aku baking soda instead of sabun cuci. Mula-mula bersihkan sinki tu dengan sabun cuci pinggan dan bilas. Lepas tu letak satu sudu baking soda kat sinki korang tu. Tabur jer kat semua kawasan. 

Dah tabur, biarkan dulu. Dalam 30 minit atau 1 jam gitu. Lepas tu korang bilas guna air sinki. Alhamdulillah, berkesan. Bukan hilang bau jer, berkilat sinki terus.

4. Kulit Limau/ Lemon/ Serai

Petua Hilangkan Bau Di Dapur

Aku selalu guna semburan serai sebab aku suka baunya. Kalau yang ni, aku beli kat kedai lah. Selain sebagai pewangi, serai juga boleh guna untuk hilangkan bau serangga macam lipas.

Kalau guna lemon atau kulit limau pula, korang kena rebus dulu bahan ni. Rebus guna air dan aroma yang keluar dari bahan ni boleh buat dapur korang tu wangi. Kalau tak nak rebus, guna microwave pun boleh. Kalau rasa payah juga, korang boleh potong lemon atau limau tu dan letak kat sudut-sudut dapur. Letak kat kawasan lain pun boleh.

Selain tu, korang boleh guna lemon ni untuk hilangkan bau hanyir dari bahan masakan basah macam ikan, ayam atau daging. Kadang-kadang lepas cuci pakai sabun pun, bau tu masih melekat kan? Cuba gesel tangan korang guna hirisan lemon atau limau tu. Lepas tu baru cuci balik guna sabun. In Sya Allah, bau tu hilang.

5.Kulit kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa

Petua Hilangkan Bau Di Dapur

Kalau korang tak minat dengan bau limau, lemon atau serai, cuba guna bahan ni pula. Cara penggunaan pun lebih kurang sama. Hanya perlu rebus kulit kayu manis, bunga cengkih dan cuka. Lepas dah sejuk, boleh guna untuk sembur kawasan dapur korang.

Apapun, yang paling penting, korang mesti sentiasa pastikan dapur korang bersih selepas sahaja selesai memasak. Kadang-kadang bau yang kurang menyenangkan tu muncul sebab kita ni kurang prihatin dengan pembersihan dapur.

Mencegah lebih baik dari mengubati kan? Penjagaan kebersihan dapur ni penting. Sebab kat sini lah kita masak dan makan. Jadi setiap kali lepas masak, kena bersihkan betul-betul, sapu dan sampah pun kena dibuang.

Baiklah, sampai sini sahaja perkongsian hari ini. Semoga bermanfaat!

Catat Ulasan

0 Ulasan