Resepi Daging Asam Kunyit

Resepi Daging Asam Kunyit

Bahan-Bahan

  • 1/2 kilo daging (Rebus hingga empuk)
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 5 ulas bawang putih hiris
  • 1 inci halia hiris
  • 10 biji cili padi hiris (potong tengah jangan putus)
  • 1 kuntum bunga kantan (saya saja letak sebab saya suka makan bunga kantan tu)
  • 2 batang serai diketuk
  • 1/2 cawan air asam jawa sederhana cair
  • 1/4 sdb garam
  • 1 sdt gula
  • Sedikit bahan perasa jika suka
  • 1 sdb serbuk kunyit
  • 2 cawan air rebusan daging
  • 2 1/2 senduk minyak masak
  • Sedikit cili padi (untuk hiasan)

Cara Penyediaan 

1. Panaskan minyak, masukkan serai. Apabila serai dah perang masukkan bahan hirisan. 

2. Tumis hingga naik bau. Masukkan serbuk kunyit. 

3. Masukkan pula air asam jawa dan air rebusan daging. Apabila dah mendidih ganas masukkan daging, gula, garam dan serbuk perasa.

4. Biarkan kuah kering. Masukkan cili padi dan bunga kantan..kacau sebati..sesuaikan rasa..siap untuk dihidang.


Kredit resepi : mariana zainal

Catat Ulasan

0 Ulasan