11 Jenis Resepi Topping Coklat

11 Jenis Resepi Topping Coklat

RESEPI TOPPING COKLAT 1

Bahan-bahan:
  • 2 sudu marjerin
  • 3 sudu besar susu cair @ air panas
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 4 sudu besar susu pekat

Cara-caranya :

1.Masak cara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yang telah sejuk.



RESEPI TOPPING COKLAT 2

Bahan-bahan:

  • 150gram coklat masakan
  • 35gram susu cair
  • 1sudu kecil butter

Cara-caranya :

1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg telah sejuk.


RESEPI TOPPING COKLAT 3

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan koko
  • 1/2 cawan susu
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-caranya :

1. Masak kesemua bahan atas api perlahan
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yang telah sejuk.


RESEPI TOPPING COKLAT 4

Bahan-bahan:

  • 250gram coklat masakan (potong kecil-kecil)
  • 1sudu besar majerin/butter
  • 130ml double cream atau whipping cream
  • gula halus secukup rasa (optional)

Cara-caranya :

1.Cairkan coklat secara double-boiler
2.Alihkan dari api, kemudian masukkan majerin, gula dan cream. Kacau sehingga sebati..
3.Curahkan atas kek.


RESEPI TOPPING COKLAT 5

Bahan-bahan:

  • 1/2 bar coklat masakan
  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 sudu besar gula halus
  • Esen vanilla beberapa titik

Cara-caranya :

1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yang telah sejuk..


RESEPI TOPPING COKLAT 6

Bahan-bahan:

  • 200gram coklat masakan
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 6 sudu besar air panas

Cara-caranya :

1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yang telah sejuk.


RESEPI TOPPING COKLAT 7

CHOCOLATE GANACHE:
  • 450g Coklat - potong kecil
  • 300g Cream - (heavy cream/thick cream/whip cream)
  • Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.
  • Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.

RESEPI TOPPING COKLAT 8
  • 200 gm susu isian sejat
  • 600 gm coklat masakan
  • 1 sb madu atau mentega
Cara-Caranya :

1. Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dengan api kecil sehingga coklat cair.
2. Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.

RESEPI TOPPING COKLAT 9
  • 300 gm coklat masakan - potong kecil
  • 200 gm UHT whipping cream
  • 1 sb mentega
Cara-Caranya :

1. Panaskan cream hingga mendidih sedikit dan matikan api. 
2. Masukkan coklat dan kacau hingga coklat cair dan sebati. 
3. Masukkan mentega dan sebatikan.

RESEPI TOPPING COKLAT 10
  • 1 sb gelatin
  • 150gm coklat bar - compound
  • 1 biji kuning telur
  • 2 biji putih telur
  • 2 sb gula castor
  • 200 gm whipping cream

Cara-Caranya :

1. Larutkan 1 sb gelatin dengan sedikit air panas.
2. Cairkan 150gm coklat bar. Guna kaedah double boiler.
3. Masukkan 1 biji kuning telur yang dah dipukul, butter 2 sb & gelatin. Gaul sebati. Ketepikan.
4. Pukul 2 biji putih telur dengan 2 sb gula kastor hingga bertanduk. Campur dalam adunan coklat guna kaedah kaup balik.
5. Pukul 200 gm whipping cream dan masukkan dalam adunan coklat.
6. Simpan dalam peti ais selama 2 jam sebelum digunakan


RESEPI TOPPING COKLAT 11

  • 1/2 ketul buttercup
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn susu pekat
Masak guna kaedah double boiler hingga sebati


Kredit to Aida Liyana


Catat Ulasan

0 Ulasan