3 Koleksi Resepi Asam Pedas Paling Senang Nak Masak

3 Koleksi Resepi Asam Pedas Paling Senang Nak Masak

#1 Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-Bahan
  • 1 biji tomato potong 4
  • 1/2 cwn air asam jawa
  • tangkai daun kesum
  • 3 cwn air
  • Satu senduk kecik minyak masak
  • 20 tangkai cili kering (sekiranya ikan lebih, boleh lebihkan cili kering)
  • 2 bji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Lengkuas sebesar ibu jari (diketuk)
  • Serai sebatang 
Asam Pedas Ikan Pari
Cara-Cara Memasaknya

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.

2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.

3. Masukkan serai, lengkuas, ikan, daun kesum dan bendi. Biarkan sehingga mendidih.

4. Masukkan garam serbuk perasa gula sedikit.

5. Masukkan tomato perlahankan api biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut. Siap untuk dihidang. 

Kredit : Sue Ninie‎



#2 Ketam Masak Pedas Ala Thai

Bahan-bahan 
  • Ketam🦀
  • 1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bawang)
  • 10 keping Daun limau purut
  • Daun Ketumbar
  • Cili api (saya tak guna pun)
  • Bawang Merah blend
  • Bawang Putih blend
  • Halia blend
  • Asam Keping
  • 2 Sudu Serbuk Kari
  • 3 Sudu Cili Giling
  • 2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi)
  • Gula & Garam sedikit
Ketam Masak Pedas Ala Thai
Cara-Cara Memasaknya 

1. Pertama sekali rebus ketam dahulu. Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti

2. Panaskan minyak. Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau.

3. Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai.

4. Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka banyak mana

5. Masukkan asam keping, gula dan garam.

6. Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut.

7. Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati

Kredit : Ibu Resepi



#3 Asam Pedas Ayam

Bahan-Bahan
  • Ayam 1 ekor
  • Bwg merah 4biji ~kisar
  • Bwg putih 5ulas ~kisar
  • Kunyit hidup 2inci ~kisar
  • Halia 1inci ~kisar
  • Lada hitam~kisar
  • Cili kisar (agak-agak korang nak pedas macam mana)
  • Serai 2 btg ketuk
  • Daun kesum ~letak byk2 lgi sedap
  • Daun limau
  • Bendi
  • Tomato
Asam Pedas Ayam
Cara-Cara Memasaknya 

1. Panaskan minyak. Masukkan serai yang di ketuk. Tumis Sampai naik bau

3. Pastu masukkan bahan kisar kecuali Cili kisar. Tumis Sampai naik bau baru masukkan Cili kisar.

4. Bila Cili dah garing, bolehlah masuk ayam / ikan. Kalau ayam dah agak kecut baru masukkan air agak-agak paras ayam.

5. Kemudian bolehlah masukkan perasa, daun kesum, daun limau, bendi tomato.

6. Last skli masukkann air asam jawa. Dah siap dan boleh dihidang.

Kredit : amoi sally

Catat Ulasan

0 Ulasan