7 Aneka Resepi Semperit Untuk Hari Raya 2021

7 Aneka Resepi Semperit Untuk Hari Raya 2021

1. Semperit Klasik

Resepi Semperit Klasik

Bahan-Bahan & Cara Penyediaan 
  • 250g butter
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula aising
  • Sedikit pewarna kuning
~ Gaul semua bahan di atas guna senduk hingga sebati. Kemudian masukkan..
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan tepung jagung
~ Uli hingga adunan tak melekat di tangan..
~ Masukkan adunan ke dalam acuan..
~ Semperitkan ke atas dulang pembakar..
~ Hias ikut citarasa..
~ Bakar selama 20- 25 minit pada suhu 170-180°c (ikut suhu oven masing-masing)


2. Semperit susu

Semperit Susu

Bahan-Bahan & Cara Penyediaan :
  • 250g butter
  • 500g tepung jagung
  • 1/2 tin susu pekat
~ Campur kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
~ Masukkan adunan ke dalam acuan semperit.
~ Tekan ke atas dulang pembakar.
~ Hias ikut citarasa.
~ Bakar sampai masak.

3. Semperit Ulat Bulu

Semperit Ulat Bulu

Bahan A :
  • 250g butter
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur
Bahan B :
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 sb susu tepung
  • 3 cawan tepung gandum
Cara Penyediaan :

~ Satukan kesemua bahan A dan kacau sebati (guna senduk kayu sahaja).
~ Masukkan bahan B dan uli sebati sehingga jadi doh (tak melekat di tangan). Jangan terlalu lembik atau keras.
~ Terap pakai acuan atau nozel.
~ Biarkan biskut bawah kipas selama 15-20 min supaya biskut tak lembik.
~ Panaskan oven pada suhu 180°c selama 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing.




4. Semperit Dahlia

Resepi Semperit Dahlia

Bahan-Bahan
  • 250g buttercup
  • 50g gula aising
  • 300g/sebungkus tepung kastard
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1 sb kuning telur
  • 1 sk esen vanila
Cara Penyediaan

~ Gaul/kacau buttercup dan gula aising sampai sebati (guna senduk kayu).
~ Masukkan esen vanila dan kuning telur.
~ Gaul sebati.
~ Masukkan tepung kastard dan tepung jagung (kalau doh lembik, tambah lagi tepung jagung).
~ Bila dah jadi doh yang dihendaki bolehlah masukkan adunan ke dalam acuan semperit dan picitkan atas dulang.
- Hias dan bakar.

5. Semperit cheese

Resepi Semperit Cheese

Bahan-Bahan
  • 200g butter
  • 50g cream cheese
  • 110g gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 160g tepung kastard
  • 40g tepung jagung
  • 240g tepung red rose/tepung cookies
Hiasan
  • Cheddar cheese parut/ceri/manik
Cara Penyediaan 

~ Pukul butter, cream cheese dan gula aising hingga sebati (guna senduk kayu je)..
~ Masukan kuning telur dan kacau rata..
~ Masukkan semua tepung dan uli hingga jadi doh lembut.. Semasa picit jika keras tambah sikit-sikit butter..
~ Selepas tekan doh..parut cheese..bakar suhu 150-160 api atas bawah selama 20-25minit atau hingga masak..

6. Semperit pandan

Resepi Semperit Pandan

Bahan A :
  • 200g mentega
  • 100g gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1 tsp pes pandan emulco
  • 1/2 tsp pewarna hijau
Bahan B :
  • 250g tepung gandum
  • 50g tepung jagung
  • 30g tepung kastad
Hiasan :
  • Gula manik/choc rice
Cara Penyediaan 

~ Sebatikan bahan-bahan A.
~ Masukkan bahan B dan uli rata.
~ Gunakan acuan semperit dan paipkan adunan.
~ Tabur dgn gula manik/choc rice.
~ Bakar selama 15 minit dengan suhu 150°C.




7. Semperit Coklat

Semperit Coklat

Bahan A :
  • 250g butter (lembut)
  • 150g gula icing - ayak
Bahan B :
  • 25g serbuk koko - ayak
  • 60g tepung jagung
  • 120g tepung gandum
  • 120g tepung kastard
Hiasan :
  • Manik, choc chips, choc rice dll
Cara Penyediaan 

~ Satukan bahan A dan putar sebati, jangan sampai kembang..
~ Masuk bahan B dan uli sampai jadi doh..
~  Kalau adunan agak keras, gaul sedikit dengan butter bagi lembut..
~ Masukkan adunan ke dalam acuan..
~ Semperitkan atas dulang..
~ ias ikut citarasa..
~ Bakar pada suhu 170°c selama 15 minit hingga masak bergantung kepada oven masing-masing.


Catat Ulasan

0 Ulasan