Cara Bersihkan Papan Pemotong Kayu Supaya Nampak Baru

Assalamualaikum. Aku harap semua sihat-sihat sahaja.

Hari ni aku nak kongsi tentang cara nak bersihkan papan pemotong supaya nampak macam baru. Papan pemotong ni memang dah jadi satu alat wajib yang mesti ada kat dapur. Yelah, nak potong sayur, bawang, bahan basah lagi, mestilah nak guna papan ni kan?

Tapi, kalau dah lama guna tu, mesti papan pemotong korang akan nampak kotor kan? Walaupun dah cuci guna sabun tiap kali lepas digunakan, tetap akan ada sisa kotoran juga. Kalau dibiarkan, memang boleh buat penyakit untuk korang. Ha, kat bawah ni aku ada senaraikan beberapa cara. Mari kita tengok satu-satu.

1. Limau Nipis, Cuka dan Baking Soda

Cara Bersihkan Papan Pemotong Kayu Supaya Nampak Baru

Kita guna pakai jer bahan yang memang sedia ada kat dapur tu. Mula-mula korang hanya perlu potong limau nipis menjadi dua. Letakkan baking soda di permukaan papan pemotong korang dan gosok guna potongan limau tadi. Biarkan selama beberapa minit dan gosok sekali lagi guna potongan limau lepas tu.
Dah tu, tuang cuka, dan sental guna berus besi sampai kotoran kat papan tu hilang. Langkah terakhir, cuma perlu bilas sehingga bersih dan In Sya Allah papan pemotong korang akan nampak macam baru. Selain tu dapat juga kurangkan bau-bau yang kurang menyenangkan.


2. Baking Soda, Garam dan Cuka

Cara Bersihkan Papan Pemotong Kayu Supaya Nampak Baru

Kalau korang nak tahu, baking soda dengan cuka ni selalu digunakan sebagai bahan cucian yang berkesan. Garam tu pula sebagai bahan tambahan untuk menyental sisa-sisa yang melekat kat papan pemotong tu.

Mula-mula, letakkan 1 sudu untuk setiap bahan, baking soda, garam dan cuka di satu mangkuk. Gaul sampai rata. Ambil kain kering dan celup ke dalam mangkuk campuran bahan tu. Gosok di papan pemotong korang. Kalau boleh gosok ikut urutan urat yang ada kat papan pemotong kayu korang.

Dah tu, lap papan pemotong korang dengan kain lembap dan lap sekali lagi guna lap kering sampai bersih. Senang kan?

3. Microwave

Cara Bersihkan Papan Pemotong Kayu Supaya Nampak Baru

Bagi aku, ini cara yang agak rare. Tapi cara ni membantu untuk hilangkan bakteria-bakteria yang terkumpul di papan pemotong kayu.

Kalau nak guna cara ni, pastikan korang dah cuci bersih-bersih papan pemotong tu. Masukkan ke dalam ketuhar dan panaskan dengan kuasa maksimum untuk 1 hingga 2 minit. Jangan lama-lama ya. Lagi satu, korang kena hati-hati sikit ya kalau guna cara ni. Pastikan korang tak pegang guna tangan kosong. Nanti melecet pula kulit korang.

4. Garam Kasar

Cara Bersihkan Papan Pemotong Kayu Supaya Nampak Baru

Ada sesetengah orang cuma menggunakan garam kasar sahaja.

Caranya, gosok papan pemotong guna garam kasar. Lepas tu rendam dalam air suam dan sental guna span pencuci korang. Kehadiran garam tu boleh buat sisa makanan yang terlekat tu terlepas dari papan pemotong. Selepas sental untuk beberapa minit, boleh bilas dengan air bersih dan keringkan. Senang jer.

5. Lemon

Cara Bersihkan Papan Pemotong Kayu Supaya Nampak Baru

Selalu orang akan guna lemon untuk hilangkan bau-bau yang ada kat papan pemotong tu. Kadang lepas cuci banyak kali pun, masih ada sisa-sisa bau yang degil tak nak hilang. Cuba sental guna lemon selepas korang dah bersihkan papan pemotong tu. Sental untuk beberapa minit dan lepas tu cuci bersih. In Sya Allah, bau segar akan muncul lepas tu.

6. Campuran Peluntur dan Air

Cara Bersihkan Papan Pemotong Kayu Supaya Nampak Baru

Cara lain untuk bersihkan ialah guna peluntur yang korang guna masa basuh kain. Selalu yang digunakan ialah jenama Clorox. Kita sedia maklum kegunaan Clorox ni untuk apa kan?

Letakkan beberapa titik Clorox di dalam mangkuk dan masukkan air. Jumlah titisan dan air tu boleh ikut kesesuaian korang. Kalau nak cuci banyak, boleh guna banyak sikit.

Celupkan berus ke dalam mangkuk tadi dan korang boleh berus atas permukaan papan pemotong sampai bersih. Dah tu, lap papan guna tuala lembap. Lap bersih-bersih ya. Takut tertinggal pula sisa Clorox tu kat papan pemotong korang.

Baiklah, korang rasa cara mana yang paling selamat dan senang untuk digunakan? Kalau aku, aku lebih suka guna cara pertama dan kedua. Bahan senang dapat dan keselamatan tu terjamin berbanding guna bahan peluntur.

Yang penting, lepas guna papan pemotong tu, pastikan korang cuci bersih-bersih dan keringkan. Pentingkan kebersihan kalau kat dapur. Ingat, jangan rendam papan pemotong korang ya. Terutama yang jenis kayu punya. Nanti papan pemotong korang cepat rosak.

Sampai sini saja perkongsian hari ini!


Catat Ulasan

0 Ulasan