Cara Mengatasi masalah 'floor trap' Dapur Tersumbat

Assalamualaikum

Aku sebenarnya tiba-tiba sahaja teringat peristiwa semasa tinggal menyewa di apartment semasa belajar dulu. Apabila tinggal luar dari hostel dan menyewa sendiri ni kan macam-macam ragam penyewa yang kita jumpa.

Cara Mengatasi masalah 'floor trap' Dapur Tersumbat

Ada yang tidak suka bising. Ada yang suka memasak tetapi tak suka bersihkan sinki dapur. Dan paling teruk aku pernah hadap sewaktu menyewa dulu, apabila kawan serumah kita tak buang sampah. Waktu tu memang aku tengah cuti semester dan balik rumah family selama seminggu.

Masa tu aku berharap kalau aku takda di rumah mesti dorang akan rajin bersihkan dapur. Tetapi sangkaan aku meleset sama sekali. Balik ja rumah sewa, buka sahaja pintu aku dah terhidu bau busuk dari dapur. Dan rupa-rupanya tiada yang buang sampah. Malah dibiarkan sahaja sinki penuh dengan sisa makanan dan floor trap dapur tersumbat.

Ya Allah, nak marah pun ada. Korang boleh ke tahan rumah berbau busuk? Aku tak tahanlah! Oleh sebab itulah aku nak berkongsi dengan korang cara mengatasi masalah 'floor trap' dapur tersumbat ni. Kenapalah waktu tu aku tak terfikir nak tengok youtube kan. 

Cara Mengatasi masalah 'floor trap' Dapur Tersumbat

1. Korang kena pasang paip air di sinki dahulu. Biarkan sahaja air tu mengalir.

2. Setelah itu, ambil mop korang dan basahkan. Kalau boleh guna mop yang lama ya.

3. Buka penutup atau main hole untuk melihat kerja-kerja yang sedang kita lakukan.

4. Masukkan mop ke dalam floor trap korang dan tekan perlahan-lahan mop untuk memberi tekanan kepada ketulan kotoran tersumbat itu.

5. Sediakan baldi berisi air untuk korang gunakan sewaktu mencurah ke bahagian floor trap tadi.

6. Ulang proses beri tekanan pada floor trap yang tersumbat berulang kali.

7. Lakukan sehingga aliran air yang mencurah kelihatan lancar, bersih dan ketulan sudah hilang.

8. Cuba lihat aliran air dari sinki dan lihat kesan di floor trap samada masalah sumbat telah selesai atau belum.

Aku harap entri ini membantu korang. Nasihat aku, jagalah kebersihan rumah korang. Selepas memasak tu kalau boleh terus basuh pinggan mangkuk supaya tidaklah bertimbun kat sinki. Jangan biarkan sisa makanan di sinki korang. 

Buang di dalam plastik sampah dan ikat elok-elok. Kalau boleh bagi double-triple plastik tu supaya sisa makanan tu tidak terkeluar baunya. Dapur bersih nak masak pun happy kan? 



Catat Ulasan

0 Ulasan