Resepi Ikan Kembung Masak Halia Berkuah

Resepi Ikan Kembung Masak Halia Berkuah

Bahan-Bahan
  • 3 - 4 ekor ikan kembung
  • 8 biji cili padi - diketuk atau dibelah 2
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk kasar atau diblender
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar atau diblender
  • 1/2 lobak merah - dipotong bulat
  • 1 biji tomato sederhana besar dipotong 6
  • 1 biji bawang besar - dipotong 4 dan dicerai kelopaknya
  • 1 inci halia - hiris nipis seperti mancis
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1/4 lada benggala - dipotong kecil
  • 1/2 sudu kecil pati ayam
  • 1/2 cawan air
  • sedikit kicap
  • sos tomato, sos cili, dan sos tiram
  • sedikit garam dan gula

Cara-Cara Memasak

1. Perap ikan dengan garam, serbuk kunyit, sos tiram dan sedikit serbuk lada hitam selama 20 minit.

2. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan tadi, selepas tu bila dah nampak garing ketepikan. Tumis bahan yang telah diblender tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.

3. kemudian masukan bawang besar, cili padi, lobak merah, dan lada benggala. selepas itu kacau sebatikan. masukan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap, dan air. kacau rata.

4. Bila dah nampak mendidih masukan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau rata.

5. akhir sekali masukan pati ayam, garam, gula, dan buah tomato. kemudian kacau rata dan sesuaikan dengan selera anda. Selamat mencuba

Kredit Resepi: Norzianah Osman

Catat Ulasan

0 Ulasan