Resepi Nasi Lemak & Sambal Ikan Bilis | My Kitchen

Resepi Nasi Lemak & Sambal Ikan Bilis

Bahan Untuk Nasi

  • 2 cawan beras
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan santan
  • 1 helai daun pandan
  • secubit garam
Cara-caranya : 

1. Cuci beras dan toskan.

2. Masak santan, air di atas dapur. Setelah mendidih tutup api.

3. Simpan beras yang telah dicuci dan ditos tadi ke dalam rice cooker. Masukkan santan, garam dan daun pandan. Masaklah hingga nasi masak.


Bahan Untuk Sambal
  • cili kering ( dipotong, cuci dan direbus)
  • bawang besar
  • bawang putih & merah
  • ikan bilis
  • secukup rasa maggie ( nak gantikan garam & ajinomoto boleh juga)
  • air asam jawa
  • gula
  • minyak masak

Cara penyediaan.

1. Blender cili kering yang telah direbus

2. Hiris bawang besar

3. Tumbuk bawang merah & putih ( kalau nak blender sekali dengan cili kering boleh juga)

4. Minyak telah dipanasakan, masukkan ikan bilis, bawang merah & putih, sekali dengan bawang besar dan ikan bilis

5. Tumis bahan-bahan langkah ke 4 hingga kekuningan baru masukkan cili kering. 

6. Masak hingga pecah minyak, lepas tu kita masukkan air asam jawa, secukup rasa maggi dan gula. masak hingga kering sedikit dan tutup api.




Catat Ulasan

0 Ulasan