Resepi Peria Goreng | My Kitchen

Resepi Peria Goreng | My Kitchen

Bahan-Bahan
  • 2-3 Peria (ikut nak lebih dari tu,boleh juga)
  • Tepung beras
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Serbuk lada hitam
  • Perasa - (saya menggunakan secukup rasa maggi)
  • 1 biji telur

Cara Penyediaan:

1. Hiris peria nipis dan cuci

2. Masak air hingga mendidih baru ditambah garam (untuk menghilangkan rasa pahit)

3. Masukan peria hingga mengeluarkan getah pahit bewarna putih,terus angkat (jangan biarkan peria terlalu lama nanti layu)

4. Sediakan bekas, masukkan tepung beras, serbuk ketumbar, jintan manis putih, lada hitam, dan secukup rasa kacau sebati.

5. Kacau dan tuangkan air sikit demi sedikit, jangan terlalu pekat dan cair adunan , masukkan telur 1 biji dan gaul hingga sebati.

6. Panaskan minyak, gorengkan peria hingga kekuningan. Sedia untuk dihidang dan boleh dimakan.



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Saya lihat ramai orang dan kedai jual peria goreng ni. Cuma saya belum pernah cuba lagi. Saya pun tak pernah makan peria. Keinginan tu ada, mungkin nanti-nanti saya akan mencuba.

    BalasPadam