3 Aneka Resepi Mee Korang Patut Cuba

3 Aneka Resepi Mee Korang Patut Cuba

1. Resepi Mee Goreng Simple


Resepi Mee Goreng Simple
Bahan-Bahan
  • 1bungkus Mee kuning
  • 1mangkuk kecil cili kisar (1/2 cwn)
  • 2biji telur
  • Cili sos cap mudim
  • Sos caramel
  • Kicap manis enaq
  • Sos tiram
  • Bawang putih dan merah
  • Cili padi diketuk
  • Sedikit garam
  • Tauhu goreng
  • Ayam,udang, @ apa jenis seafood
  • Tomato, sayur kubis, taugeh, sayur sawi








Cara-Cara Penyediaan :

1. Mee kuning celur dulu dengann air panas. 

2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, putih yang ditumbuk. Masak sehingga kekuningan, seterusnya masukkan cili kisar. 

3. Tumis sampai pecah minyak..baru masukkan ayam,udang, lepas tu tuang kicap, sos cili, sos tiram, sos karamel ..kacau-kacau sekejap ..tambah air sikit, masukkan sedikit garam ...

4. Masukkan mee kuning, masukkan semua jenis sayur yang ada,pecahkan telur 2 biji ..gaul semuanya sampai masak, nak tambah kicap pun boleh.

Kredit Resepi : Tengku Roselyza

2. Mee Goreng Lada Hitam 


Bahan-bahan : 
  • 500 gm mee kuning - basuh dan toskan
  • 500 gm udang saiz sederhana kecil - kupas kulit
  • 450 gm daging - potong kecil, rebus empuk
  • 1 ikat sawi - kerat ikut suka
  • 1 biji tomato - belah dua dan hiris nipis
  • 5 ulas bawang putih - parut/cincang halus
  • 1/2 inci halia muda - parut/cincang halus
  • 2 sb sos tiram
  • kicap pekat - banyak mana ikut suka, kalau suka mee hitam lebihkan
  • 1-2 sb lada hitam - kisar kasar
  • 1 sk serbuk knorr
  • secubit garam
Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan lada hitam. Bila naik bau masukkan daging. Kacau, kemudian masukkan udang pula.

2. Bila udang sudah kemerahan, masukkan kicap pekat, sos tiram, serbuk knorr dan garam secukup rasa.

3. Bila sudah sebati, masukkan mee kuning, diikuti tomato dan sawi. Gaul kacau secara merata.

4. Bila sudah mesra bolehlah dihidangkan bersama lada jeruk.


3. Mee Sanggul Goreng Basah


Bahan-Bahan :
  • 3 bungkus mee sanggul ( rendam dalam air biasa sampai lembut )
  • Udang
  • 5 biji Telur
  • 4 senduk Cili kisar
  • 2 senduk Sos cili
  • 1 senduk Sos tomato
  • 1 senduk Sos tiram
  • Setengah senduk Kicap pekat
  • 1 ikat Sayur sawi ( potong )
  • Garam
Bahan-Bahan kisar
  • 4 biji Bawang besar
  • 2 ulas Bawang putih

Cara-Cara Memasak :

1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar dan bahan-bahan kisar sehingga masak dan pecah minyak.

2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap.. boleh tambah air kalau pekat sangat.. masukkan garam.. masak sehingga mendidih.

3. Kemudian masukkan telur dan kacau bagi hancur.. telur dah masak, masukkan udang.. bila udang dah masak masukkan mee sanggul.. gaul bagi rata.

4. Last sekali masukkan sayur sawi.. siap.. makan perah dengan limau lagi best..

Kredit to Akma Abdullah

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Apa-apa mi, kalau telah dihidang semasa perut lapar, memang licin kena sebat. Hihi

    BalasPadam