Cara Dapur Kekal Bersih & Tahan Lama

Assalamualaikum. Hari ni aku nak kongsi beberapa cara untuk buat dapur kekal bersih dan tahan lama. Penjagaan dapur ni penting tau. Sebab kat sini lah kita nak sediakan makan minum untuk kita dan keluarga. Mestilah kena jaga kebersihan kan?

Baiklah, tanpa buang masa, mari tengok cara-cara yang aku senaraikan kat bawah ni.

1. Penggunaan Alatan Memasak

Cara Dapur Kekal Bersih & Tahan Lama

Kalau nak pastikan dapur tu tahan lama, korang mesti peka dengan alatan memasak yang korang guna. Aku paham yang sesetengah orang nak cepat, jadi dorang tak berapa ambil kira tentang aspek ni.

Salah satu alat yang wajib ada kat dapur korang ialah alas periuk panas. Kadang kita ni letak periuk panas kita tu di mana-mana jer. Sebab tu kadang munculnya heatmark kat permukaan.

Korang boleh jumpa macam-macam perkakas yang berguna kalau korang pergi kedai D.I.Y. Kat sana, boleh jumpa alat untuk simpan senduk makanan, alas periuk, tempat letak penutup periuk. Kalau nak senang, korang scroll jer Shopee. Lagi banyak pilihan kat sana.

2. Bahan Mencuci

Cara Dapur Kekal Bersih & Tahan Lama

Bahan untuk mencuci ni ada banyak jenis. Selain daripada sabun yang boleh dibeli dari kedai, kita boleh guna alternative lain. Contohnya macam penggunaan cuka. Caranya pun senang sahaja. Korang cuma perlu isi cuka dan air dalam botol. Lepas tu goncangkan dan boleh sembur dekat tempat yang kotor. Dah tu lap dengan kain bersih. In sya allah, berkesan.

Kalau masa tu taka da cuka, korang boleh juga guna lemon. Hiris lemon dan campurkan dengan air dan garam. Lepas tu gosok di permukaan yang kotor dengan kain bersih. Lemon ni bukan saja dapt bersihkan kotoran, tapi boleh keluarkan aroma yang segar.

Baca Sini : Tips Mudah Buat Dapur Kecil Anda Kelihatan Lebih Luas


3. Kesan Minyak

Cara Dapur Kekal Bersih & Tahan Lama

Mesti ada antara korang yang ambil remeh tentang benda ni kan. Selalu guna ayat “Nantilah aku bersihkan”. Lepas dah lama terbiar, kesan tu dah tak boleh hilang dah.

Kalau tak nak benda ni jadi, korang mesti sentiasa rajin untuk lap dan bersihakan sebaik sahaja selesai memasak. Mungkin ada juga antara korang yang gunakan penyedut asap kat dapur kan? Untuk yang ini, korang mesti buat pembersihan at least 1 kali dalam 5 bulan. Supaya penyedut tu tak tersumbat dan akan melancarkan aliran asap untuk keluar.

4. Penyusunan barang/ Penggunaan Rak

Cara Dapur Kekal Bersih & Tahan Lama

Kalau korang ni suka beli barang dapur yang bermacam-macam jenis, korang mesti tahu cara susun dan simpan barang-barang tu.

Untuk penggunaan kabinet, pastikan kabinet yang korang beli tu boleh tampung perkakas masakan korang yang besar dan berat. Lagi satu, barang-barang macam ni, lepas dah guna, mesti susun balik dan jangan biarkan bersepah tau.

Kalau tak ada kabinet, mungkin korang boleh guna rak. Rak ni tak ambik banyak tempat. Selain tak ambil banyak ruang, korang boleh simpan banyak bahan memasak kat sana. Contohnya, serbuk-serbuk masakan, garam, dan balang-balang makanan.


5. Pembersihan secara berkala

Cara Dapur Kekal Bersih & Tahan Lama

Kalau rajin memasak, mestilah nak rajin bersihkan juga kan? Korang boleh sediakan jadual pembersihan secara berkala dan tampal kat dapur supaya korang tak lupa. Buat pembersihan secara harian, mingguan dan bulanan.

Kalau buat macam ni, in sya allah, boleh pastikan dapur sentiasa bersih dan tahan lama.

Baca Sini : 10 Idea Susun Atur Dapur Guna Barang Eco


6. Prihatin dengan keadaan dapur

Cara Dapur Kekal Bersih & Tahan Lama

Sambil-sambil memasak tu, korang pun mesti perhatikan keadaan dapur korang tau. Mana tau ada paip bocor, sinki tersumbat, atau ada yang tumpah dalam kabinet korang.

Kalau dah macam ni, cepat-cepat baiki dan bersihkan. Kalau biarkan lama-lama, kabinet korang akan rosak. Dah tu, kena beli baru pula kan? Sebab tu, korang mesti selalu peka kalau dah masuk dapur.

7. Ruang dapur terang dan kering

Cara Dapur Kekal Bersih & Tahan Lama

Satu lagi, pastikan dapur korang tu nampak terang dan sentiasa kering. Sebab tu ada dapur yang suka pasang cermin, tingkap kaca dan pintu kaca. Supaya cahaya matahai boleh masuk.

Cahaya matahari ni boleh halang bakteria dan kuman untuk membiak tau. Pastikan dapur korang sentiasa kering terutama di bahagian sinki. Kabinet dan rak pun mesti sentiasa diperiksa. Risau ada yang tumpah kat sana.

Baiklah, kita dah sampai ke penghujungnya. Apa pendapat korang tentang tips dan cara yang aku kongsikan ni?

Kalau bukan kita yang prihatin dengan dapur sendiri, siapa lagi kan? Selamat mencuba dan selamat memasak di dapur yang bersih!

Catat Ulasan

0 Ulasan