Cara Mudah Hilangkan Kerak Belakang Kuali dan Periuk Dengan Baking Soda.

Assalamualaikum

Pernah tak korang terfikir betapa mudahnya zaman kita sekarang ni. Apa benda kita nak cari semuanya ada di google. Yang tak pandai masak boleh search resepi. Ada banyak resepi berlambak yang kita boleh pelajari. Begitu juga dengan blog ini, tidak ketinggalan untuk berkongsi kepada pembaca berkenaan resepi dan tips-tips yang berguna untuk memudahkan kerja-kerja di dapur. 

Dalam kita seronok belajar tentang pelbagai jenis masakan, kadang kita lupa kan periuk dan kuali kita guna tu semakin hari semakin berkerak, hangus, dan hangit. Nak beli kuali bau pula rasa membazir sebab kuali bukannya ada rosak pun. Cuma tak best ja nampak bontot kuali dan periuk yang hitam legam.

Jadi di sini, aku nak kongsikan kepada korang tentang cara menghilangkan kerak belakang kuali dan periuk hanya menggunakan bahan yang ada di dapur sahaja. Bahan itu adalah Baking Soda, nama saintifiknya ialah Natrium Bikarbonat. 

Cara Mudah Hilangkan Kerak Belakang Kuali dan Periuk Dengan Baking Soda.

Sebelum itu, mari kita kenali dahulu apakah fungsi Baking Soda dalam masakan dan kegunaan lainnya. Baking soda adalah nama lain untuk natrium bikarbonat yang juga dikenal sebagai soda bikarbonat. Baking soda mempunyai tindak balas kimia apabila dicampurkan dengan kelembapan dan bahan yang berasid seperti cuka, lemon dan sebagainya. Ia akan menghasilkan buih karbon dioksida serta mengembang dalam suhu oven.

Cara Mudah Hilangkan Kerak Belakang Kuali dan Periuk Dengan Baking Soda.

1. Taburkan garam, baking soda, serta sabun pencuci piring di belakang kuali atau periuk

2. Sental kuali dan lapis tisu di atas kuali. Biarkan seketika dalam 15 minit.

3.  Setelah itu lap kaali dengan tisu. Siap! Kuali akan nampak macam baru. 

Untuk lihat video cara-caranya boleh klik facebook pages The Pun Guys
 

Catat Ulasan

1 Ulasan