Resepi Masak Sagu Periuk Noxxa

Resepi Masak Sagu Periuk Noxxa


Bahan-Bahan
  • 1 cawan sagu
  • 2 1/2 cawan air
  • Pewarna kesukaan anda
  • Daun pandan untuk bagi wangi. (Pakai cawan yang sama untuk sukat sagu dan air)

Cara-Caranya 

1. Basuh sagu bersih-bersih dan toskan. 

2. Masuk air dan sagu dalam periuk noxxa. Rendam sekejap dalam 5 minit dengan pewarna. Pastu set steam 7 minit

3. Tunggu ja sampai bunyi bip bip tu tanda dah masak. Jangan buka penutup terus. Biarkan dalam 10 minit. Lepas tu lepas wap dan baru buka penutup periuk tu. Taraaaaaa.... Siap dah sagu kita. 

Resepi Air Gula Melaka
  • Gula melaka
  • Air
  • Daun pandan
  • Garam
  • Gula putih
1. Campur ja semua. Sukatan tu agak-agak saja ya. Masak sampai mendidih. 

2. Dah siap tu masuk air gula melaka dalam bekas,  letak sagu pastu tuang ja susu cair kat atas sekali. 

Kredit Resepi : Zatul

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Assalamualaikum.. kamu blogger bertuah yang memenangi giveaway Sambal Bilis Pedas. Sila emailkan details nama, alamat dan nombor telefon ke fairusmamat81@gmail.com. Terima kasih.

    BalasPadam