Resepi Popia Sira Sambal Pedas

Resepi Popia Sira Sambal Pedas

Bahan-Bahan :
  • Popia Roll jenama KG ( ada 50 keping)
  • Cili boh peket biasanya RM5 1kg
  • Kobis bulat
  • Gula
  • Tepung dan air untuk lekatkan popia gulung bancuh pekat .
Cara Memasaknya :

1. Kobis disagat menggunakan pengopek kentan ja

2. Isi kobis dalam 2 sudu besar anggaran. Gulung dan padatkan popia. Yang ni kalau makan sendiri ikut korang nak letak banyak mana.. Ada orang suka campur lobak Ikutlah selera masing-masing ya.

3. Goreng popia dalam api yang besar, selepas bertukar sebahagian warna popia, perlahankan api sehingga semua warna sekata. Yang ni jangan tinggal la.. Kena rajin bolak balik supaya tak hangus. 

4. Angkat dan toskan. Boleh terus sira sambal, jika nak sira bila kemudian, pastikan popia di selerakkan atas dulang tidak bertindih dan biarkan depan kipas. Untuk memastikan popia sentiasa rangup.


Resepi Sambal Untuk Sira

1. Panaskan minyak dalam 2 sudu, masukkan 10 sudu cili boh, 5 sudu gula.. 
2. Masukkan air sedikit sahaja. Rasa kalau kurang hanya tambah gula sahaja. 

3. Kacau hingga likat. Tutup api dan masukkan popia, gaul sebati dengan pantas. Yang ni biasanya saya buat agak-agak ja.

4. Angkat popia menggunakan penyepit dan biarkan atas dulang pastikan tidak bertindih dan biarkan di depan kipas. Dah betul-betul sejuk baru boleh packing atau hidang untuk mengekalkan rasa rangup.

Tujuaan guna penyepit supaya popia tidaklah terlebih sambal nanti lembik pula. Kalau yang suka boleh tabur bijan yang dah di sangai, bawang goreng, atau pun kacang tanah tumbuk.

Kredit Resepi : Norhidayati Mohd Rashid

Catat Ulasan

0 Ulasan