Tips Mudah Buat Dapur Kecil Anda Kelihatan Lebih Luas

Assalamualaikum semua. Perkongsian hari ini adalah tips untuk buat dapur sempit supaya nampak lebih luas. Mesti ada antara korang yang beli rumah jenis teres atau apartment yang kecil sahaja ruangnya kan? terutama bahagian dapur. Sampai bila nak memasak tu pun, hmm rasa ada yang tak kena jer.

Ha, kat sini aku nak kongsi beberapa tips yang boleh korang guna untuk dapur korang tu. Supaya boleh nampak lebih luas, lebih selesa nak guna, dan lebih semangat bila dah tiba masa memasak. Jom tengok satu-satu senarai kat bawah.

1, Gunakan Warna Putih Atau Warna Lembut


Kalau korang perasan, banyak yang guna warna putih untuk dapur. Walaupun warna putih ni orang kata akan cepat kotor bila memasak nanti. Tapi, sebenarnya kalau guna warna putih, ia boleh buat dapur korang nampak lebih luas. Ada sesetengah orang guna warna pastel ataupun warna natural. Contohnya warna hijau lembut.

Kalau korang nak gabung warna pun boleh, Cuma pastikan warna yang korang nak pilih tu tak banyak sangat. Nanti dapur korang nampak serabut pula. Cuba pilih satu atau dua warna sahaja untuk dapur korang.

2. Pemilihan Rak


Untuk pemilihan rak pula, korang boleh guna jenis rak yang terbuka. Selain dapat buat dapur nampak luas, ia juga kemas dan kurangkan kesesakan dalam dapur. Jadi, lebih sesuai kalau guna rak macam ni. Lagipun lebih senang nak cari. Letak label untuk setiap bekas korang tu, dan susun elok-elok di rak tu. Memang nampak lebih kemas dan cantik dipandang.

Aku paham, mesti ada yang banyak sangat barang nak disimpan di dapur. Kalau dapur korang ada kabinet, boleh letak barang-barang kat sana. Supaya dapur tu tak nampak sesak dan sentiasa nampak kemas.

3. Penggunaan Cermin

Tips Mudah Buat Dapur Kecil Anda Kelihatan Lebih Luas

Ada beberapa orang yang suka letak cermin di dapur. Bukan suka-suka, tapi dengan penggunaan cermin nip un boleh buat dapur korang nampak luas tau. Lagipun, nampak macam fancy sikit kalau korang guna cermin. Sangat cantik lebih-lebih lagi kalau dapur korang ni ada tiles.

Kalau tak nak letak cermin, boleh guna pintu atau tingkap yang berkaca. Kalau berkaca, cahaya matahari boleh masuk. Cahaya tu boleh jadi cara untuk buat dapur korang nampak lebih luas. Boleh juga jadi booster supaya lebih bersemangat nak memasak.

4. Penggunaan Lampu

Tips Mudah Buat Dapur Kecil Anda Kelihatan Lebih Luas

Kalau korang nak tahu, lampu pun ada peranan untuk buat dapur nampak lebih luas. Caranya, korang boleh letak lampu di bawah kabinet. Cuba tumpukan lampu ke arah siling. Kalau buat macam ni, boleh buat dapur nampak lebih tinggi dan ruangnya pun akan nampak lebih luas.

5. Simpan Barang Yang Jarang Digunakan

Tips Mudah Buat Dapur Kecil Anda Kelihatan Lebih Luas

Kalau korang suka beli peralatan yang besar atapun yang perlu ruang yang banyak, cuba simpan di dalam kabinet. Kalau nak guna, baru keluarkan.

Jangan letak atas meja atau di bucu dapur. Kalau taka da kabinet, cuba sediakan satu ruang khas untuk simpan peralatan ni. Simpan semua kat sana, kalau nak guna, baru ambil. Lepas guna tu, simpan balik terus. Jangan biarkan bersepah kat dapur ya.

Jadi, apa pendapat korang tentang tips ni? Berguna tak? Belum cuba, belum tau kan?

Kalau aku, aku lebih suka guna tips penggunaan tingkap kaca dan penggunaan rak tu. Sebab dapur kat rumah memang kecil. Mungkin nanti kalau ada rezeki, bolehlah besarkan.

Sampai sini sahaja perkongsian hari ini. Mungkin korang ada pendapat yang lain? Kalau ada, boleh lah share kat ruang komen. Supaya orang lain pun boleh manfaatkan!


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Oleh sebab dapur saya kelihatan kecil, saya baru renovasi rumah untuk buat dapur basah di luar. Tak lama lagi siaplah tu. Hihi.

    BalasPadam